Advertise

Monday, 19 November 2012

Serangan Hujan Aneh Seluruh Dunia

Percaya atau tidak, di beberapa negara di dunia ini mengalami serangan hujan aneh dan luar biasa daripada kebiasaan.

1. Hujan Cacing


Serangan hujan cacing ini berlaku di Jennings, Florida Amerika Syarikat pada tahun 20017. Beribu-ribu ekor cacing jatuh dari langit dan memenuhi kawasan sekitarnya. Cacing-cacing yang jatuh itu ada yang masih hidup, sesetengahnya masih bergumpal antara satu sama lain malah ada yang telah mati.

2. Hujan Katak


Pada tahun 2009, serangan hujan katak berlaku di Jepun.

3. Hujan Epal


Hujan yang sangat unik ini berlaku di Conventry West Midlands pada 16 Disember 2011. (hujan rezeki ni)

4. Hujan Batu (ketulan ais)


Pada 28 September 2009, hujan batu sebesar sebiji cawan berlaku di Jerantut, Pahang. Hujan ini telah menyebabkan banyak bumbung rumah berlubang dan menumbangkan beberapa batang pokok dan tiang elektrik.

5. Hujan Spora Merah




Pada Julai 2001, penduduk di Kerala, India digemparkan dengan hujan merah yang sebenarnya adalah air yang dipenuhi dengan spora merah. Sebelumnya, penduduk setempat menyangka mereka telah dihujani dengan hujan meteor.

6. Hujan Ketam

Pada 1881, ribut petir di Worcester, England telah membawa turun bertan-tan ketam.

7. Hujan Gel Misteri


Hujan gel misteri di Oakville, England pada Ogos 1994. Hujan ini dikatakan telah turun 6 kali dalam tempoh 3 minggu. Dikatakan ramai penduduk yang sakit akibat terdedah dengan hujan ini. Malah,beberapa ekor  kucing dan anjing yang terkena hujan ini juga mati.


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best WordPress Themes