Advertise

Saturday, 24 November 2012

Lelaki Yang Mempunyai 39 Isteri, 94 Anak Dan 33 Cucu!


39 isteri, 94 anak dan 33 cucu??? Wow! Dipercayai lelaki ini mempunyai keluarga terbesar di dunia! Tak percaya? Jom usha kat cnie....

 Ziona Chana memiliki 39 orang isteri, 94 orang anak, 14 menantu perempuan dan 33 orang cucu di mana kesemua mereka tinggal bersama di bawah satu bumbung. Rumah mereka merupakan bangunan 4 tingkat dan dilengkapi dengan 100 bilik tidur yang mempunyai banyak kati atau dipanggil sebagai dorm.

Ziona, 67, yang turut mengendalikan mazhab (kepercayaan) nya sendiri dimana penganutnya boleh berkahwin seramai mungkin. Ziona yang berkahwin pada usia 17 tahun pernah pada satu ketika berkahwin sebayak 10 kali dalam tempoh satu tahun.

Kesemua ahli keluarga lelaki keluarga besar ini bekerja sebagai tukang kayu (carpenter). Malah Ziona berbangga kerana keluarganya tidak perlu mengharapkan bantuan daripada kerajaan untuk menyara hidup mereka.


Ziona Chana bersama dengan isteri-isteri, anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cunya



Ini lah mansion atau rumah Ziona. Bangunan setinggi 4 tingkat ini mempunyai 100 bilik dan terletak di pinggir bukit di Kampung Baktawng dalam daerah Mizoram, India . Rumah keluarga ini dipanggil sebagai rumah generasi baru. Apa yang menariknya, di sini dilengkapi dengan sekolah mereka sendiri, taman permainan, kawasan ternakan untuk pig dan ayam mereka, sawah padi dan juga kebun sayur-sayuran yang mencukupi untuk semua ahli keluarga.


Inilah antara sebahagian daripda bahan-bahan makanan untuk 181 isi rumah. Kebiasaanya semasa waktu makan, hidangan mereka terdiri daripada 30 ekor ayam, 220lb nasi, 132lb ubi kentang (spud). 


Dorm untuk kaum wanita. Ziona Chana mempunyai bilik mewahnya sendiri dengan double bed yang besar untuknya seorang. Sebaliknya, isteri-isterinya yang lain perlu berkongsi katil dan bilik sesama mereka. Kebiasaanny Ziona akan meletakkan isteri-isteri yang muda berhampiran biliknya pada aras yang sama. Sebaliknya bagi isteri-isteri yang lama dan tua akan menghuni bilik-bilik yang agak jauh dari nya di aras bawah.


Ziona Chana dan 34 orang isteri-isteri beliau.

Dalam memastikan urusan rumah berjalan dengan teratur, isteri tua Ziona iaitu Zathiangi, 69, akan mengetuai dan membahagikan tugas-tugas harian kepada isteri-isteri yang lain, menantu dan anak-anak mereka. Setiap hari mereka perlu membersihkan pakaian kotor yang sangat banyak dengan menggunakan tangan.

Ziona yang mewarisi Mazhab Chana daripada bapanya percaya bahwa suatu hari nanti merekan akan mengetuai dunia. Bagi melebarkan lagi mazhabnya, Ziona sanggup ke U.S untuk berkahwin lagi!

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best WordPress Themes