Advertise

Monday, 19 November 2012

Kampung Rapunzel di Fujian, China

Sekumpulan 120 wanita di sebuah kampung di wilayah Fujian, China telah mencipta rekod baru dunia setelah diiktiraf oleh Guinness World Record sebagai kampung pertama mempunyai penduduk berambut terpanjang di dunia.

Secara purata, panjang rambut wanita etnik minoriti Red Yao di Kampung Hungluo Yao adalah 1.6 meter. Rambut terpanjang diukur adalah lebih daripada 2 meter. Apa yang menakjubkan, wanita-wanita etnik Red Yao ini hanya akan memotong rambut mereka sekali seumur hidup pada usia 16 tahun sebelum mereka mula mencari calon suami. Rambut yang telah dipotong akan disimpan sebaik mungkin sehinggalah hari perkahwinan mereka di mana rambut tersebut akan dijadikan sebagai 'hantaran' kepada pihak lelaki.


Mengikut tradisi, rambut wanita-wanita ini hanya boleh dipamerkan kepada keluarga terdekat sahaja. disebabkan itu, dalam kehidupan seharian mereka, wanita ini akan memakai skarf untuk melindungi rambut mereka. Sebelum tahun 1987, sekiranya rambut mereka dilihat oleh lelaki lain, maka lelaki tersebut terpaksa berkahwin dengannya dan mesti tinggal bersama keluarga wanita berkenaan selama 3 tahun. Namun, sejak 1987, amalan ini tidak lagi diamalkan.


Apa yang uniknya, setiap ikatan gaya rambut membawa maksud tersendiri serta melambangkan status sosial seseorang. Sekiranya rambut hanya dibalut sekeliling kepala, ia bermakna seseorang itu telah berkahwin tetapi tidak mempunyai anak. Jika cara ikatan rambut mempunyai sedikit lebihan kecil di bahagian hadapan, ia bermaksud wanita berkenaan telah berkahwin dan mempunyai anak. Sebaliknya, jikan seseorang wanita memakai penutup di seluruh kepala, ia bermaksud wanita tersebut masih belum berkahwin dan sedang mencari pasangan.



Penjagaan rambut mereka sangat unik. Ia tidak akan dibasuh setiap hari sebaliknya hanya diuruskan setiap kali tiba musim panans dan musim luruh. Mereka akan memenuhi dataran sungai Jinjiang untuk membasuh rambut menggunakan syampu khas yang diperbuat daripada ramuan traditional serta turut membilasnya dengan air basuhan beras. Selepas dibasuh, rambut akan dikeringkan dan didandan semula mengikut status masing-masing


Penduduk Red Yao percaya, wanita berambut panjang boleh membawa tuah di mana mereka  mampu hidup lebih lama, kaya dan memiliki nasib yang baik.









0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best WordPress Themes